03 March 2010

Bukan Jodoh Mereka Mungkin?




Entry aku kali ni mungkin agak emo sedikit..actually, aku tumpang sebak atas apa yg berlaku kepada kawan baik aku sendiri yg baru saja disahkan perceraiannya atas tuntutan fasakh yang telah dibuat di mahkamah syariah hari ini...aku macam sedih gak sebab kawan aku ni mmg bestfren aku dari kecik…rapatnya kami smp digelarkan macam belangkas…tambahan lak aku ngan die adalah sebaya…dari kecik kami membesar bersama2..hingga soal jodoh, pun ada sangkut paut..die berkahwin dengan cousin en hubby aku sendiri..dua-dua berasal dr negeri yg sama..secara automatik, hubungan kami bukan setakat kawan baik malah ada ikatan persaudaraan…


Tapi itulah pepatah org tua2..”ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengahari”..belum sempat dia nak mengecap kebahagian..pelbagai masalah melanda..aku sedikit sebanyak merasa terpukul dengan situasi yang menimpanya..siapa yg sanggup melihat kawan baik sendiri hidup merana?.heh..ape yg mampu aku buat hanyalah kata2 semangat yg aku titipkan sebagai kekuatan diri..agar dia terus teguh berdiri dan tabah menghadapi situasi…nyata dia seorang yg kuat dan aku amat berbangga dengan kecekalan hatinya..kalau aku yg berada dlm situasi itu, belum tentu aku sekuat dia..ermm…


Alhamdullillah, selepas setahun setengah digantung tidak bertali, akhirnya dia bebas..walaupun perceraian bukan perkara yang sepatutnya terjadi, tapi ini yang terbaik untuk mereka..maybe, they were not meant for each other..sebak aku mendengar suaranya di talian selepas semuanya selesai...berjumpa dengan bekas suami selepas setahun setengah tidak bersua muka..diberitahu aku tiada dendam di hati..malah, mereka boleh menangis dan ketawa bersama2 sepanjang prosiding..mungkin mereka tiada jodoh untuk menjadi suami isteri…lega aku mendengar kesnya sudah selesai..sebagai kawan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya..


aku tau semua orang menginginkan yang baik2 di dalam perkahwinan tapi kadang2 kita tak berdaya menghalang kehendak takdir..kadang2 apa yang berlaku juga ada berpunca dari kekhilafan diri kerana tiada manusia yang sempurna..sejauh mana kita cuba untuk menjadi yg terbaik, sejauh itulah kita selalu di uji oleh dugaan2 yang kadang2 boleh memporak perandakan keadaan…dan memecahbelahkan pemikiran dan situasi..


Paras rupa dan harta sebenarnya bukan tiket untuk bahagia..yang penting kesefahaman, rasa tanggungjawab dan matang dalam menangani segala cabaran yang mendatang..tidak semua perceraian berlaku kerana orang ke-3.. tempoh percintaan yang lama juga bukanlah penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa…ape yang penting komunikasi, bertolak ansur dan berterus terang kepada pasangan…walau macam mana perit sesuatu keputusan perlu ada komunikasi demi memastikan masalah dalaman yg timbul boleh diselesaikan sebelum ianya melarat menjadi barah yg akhirnya sukar dirawat..


Dari jauh aku berdoa semoga dia terus tabah dlm menghadapi hari2 mendatang..mungkin akan lebih berhati2 agar “pisang tak berbuah dua kali”...aku berharap agar dia boleh mencari kebahagian yang di carinya selama ini..sebagai sahabat aku akan selalu menyokong dari belakang..babe, keep on moving, keep climbing..you have to keep the faith as it's all about the climb..one day you will find the victory in the end..


Dipetik dari blog kakak saya :
http://ctlela.blogspot.com

Nota Kaki : Si dia adalah kawan baik kakak saya yang tersangatlah rapat dengan family saya.. Saya pun rapat giler kut dengan dia, adik badik dia dah macam adik badik saya jugak.. Rumah dia pun tak jauh dari umah saya dekat Losong tuh.. Dari kecik lagi saya kenal dia, membesar bersama, mai bersama. So, bila jadik macam ni dekat dia.. Saya turut sama rasa kesedihan yg dialami oleh dia. Mungkin ini yg terbaik untuk mereka berdua, jodoh mereka tak panjang.. Saya ada buat entri pasal wedding dorang dulu. Sangat tak sangka begini pengakhiran jodoh dorang.. Saya cuma doakan hidup dorang berdua sentiasa bahagia.



8 comments:

Darkbatman said...

jodoh sume telah ditentukan.. kita cuma mampu merancang.. even hati kita xnk tp klau dh takdir.. terpaksa trima even payah.. :)

Queen said...

betul..perkahwinan adalah satu komitmen...setakat bercinta sahaja belum cukup untuk kita memahami dan menerima segala2nya tentang pasangan kita...

mYpRecious said...

Darkbatman ==> betul tu.. tapi perkahwinan ni bg sya satu percatura yg paling penting dlm hidup.. kalo tersilaplangkah beginilah pengakhirannya..


Queen ==> pendapt saya mereka belum bersedia mungkin utk hidup berdua.. sbb dari awal perkahwinan dorang lagi saya tak pernah ttgk dorang bahagia.. kesian sgt kat dorang..

iz-AnN عبداللطيف said...

hurmm...salam singgah...simpati pada kawan baik kamu dan juga kawan saya si nojj itu...sedih kan bila perkara begini menimpa kawan yang kita kenal...lagi2 kawan baik...hurmm...tapi itulah lumrah kehidupan...kita sebagai manusia hanya mampu berserah diatas segala yang mendatang...sad...but...true...

salam singgah dan salam perkenalan...

mYpRecious said...

iz-AnN ==> baru kejap tadi jenguk blog nojj.. sangat kesian dekat beliau.. terkejut giler saya mase baca tu.. Sebab dia kan macam daha lama sanagta tak update blog.. tetibe update je pasal berita sedey tu.. saya cuma harap dia tabah..

Salam kenal dari saya jugak...

Chinatsu Akera said...

hurmm..bercinta mmg senang..nak maintain marriage relationship yg payah..ermmm...

Wahidah said...

moga die tabah menghadapi segalanyaaa

Nyzal Aziz said...

heheheh..moga aku jua diberi ketabahan..aminnn..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin