15 July 2008

Cinta Umpama Menunggu Bas~~


Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

" Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.

Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


::Suatu ketika dulu aku penah bagi artikel ni pada seseorang..
Love is like waiting for a bus...
hahaha.. bile aku kenangkan balik kenangan dulu nak tergelak pun ade.. Orang itu suatu ketika dulu penah gagal bercinta dan tak percaya pada cinta lagi.. Dan aku juga penah kecewa.. Tapi orang itu membuatkan aku sedar yang aku perlu semakin kuat utk diri sendri bkn untuk org lain.. Org itu penah berkate mcm mane kalau dy hanye nak duduk di bus stop tapi tak maw tahan mane2 bas pn yg lalu.. pastu aku pn ckp la kat org tu.. lau cam tu awak hanya wat keje yg sia2 dan membuang mase.. Hanya menunggu... Then, aku ckp lagi.. Tahan la satu bas yg awk suke.. pastu benti la dkt destinasi yg awk nak.. hmmm.. then, org itu pn cakap saya nak benti dekat Losong boley? ehehe.. Losong?? ayarrkkk... kampung aku la plak.. ce mane nie.. Hint tu.. huhu... Wat pe nak benti kat Losong pegilah blik umah dy kat Jalan epot tu.. Tapi lam hati silonok.. hehehe.. and question to myself.. dy suke aku ke? Aku suke dy la.. sbb dy lain dr org lain.. dy UNIK sket... Matang utk kanak2 ribena cm aku.. ahakksss... Bile aku bace balik artikel nie.. Kenangan tu slow2 dtg blik.. dan wat aku tersenyum sorang2.. and now mmg aku senyum sorang2 pon.. hahahaha.. Orang tu skang dah jadi one part of my life.. My whole life hanye tuk dy.. Tempat seorang isteri hanya disisi suaminya.. Thanks kerna telah menahan bas itu Tengku Izhan Azwar~

p/s Happy anniversary yg ke 5 bulan.. boley ke? ekekeke~~Luv u

2 comments:

Warnawanie said...

hehehe...pecah rahsia~!!

bus kat genting tu kosong lagi..
dia berhenti pun takde orang nak naik.. :-P

kite pun suke baca artikel bas nih..
pun penah bagi nasihat kat kengkawan n diri sendiri based on dis article.

No matter what, kite jer yg boleh decide.. which bus yg kite nak pilih...mana2 yg kite pilih pun tetap ada risiko. but sometimes, terlalu berhati2 dlm memilih pun, buat kan kite tersalah pilih..

But for me, life is gamble. married too. ;) just appreciate ape yg kite ada...go with the flow. Happiness is never ending story.

me doakan,semoga 'che de' terus berbahagia dgn "orang yg telah menahan bas" itew...

btw, I'm hepi for both of u and hepi for being a part of ur life too. Take care~!!

mYpRecious said...

uppsss..terpecah rahsia den..
ekekeke..
Che che cume harap org itew tidak merase yg dy telah menahan bas yg salah.. pastu tekan loceng dan trun sblm sampai ke destinasi yg dy maw..

dan che che hope and pray for both of you wani & azhar selamat sampai ke destinasi yg diimpikan.. InsyaAllah..
Semoga seme selamat pada 10/10/08 ini..

And happiness be yours and us.. Ameen..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin